| PERMOHONAN PENEMPATAN KANAK-KANAK MASUK KE SEKOLAH RENDAH BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2011 DAN 2012 |
Pihak SK Saujana Utama sedang membuka permohonan
penempatan kanak-kanak masuk ke sekolah rendah bagi sesi
persekolahan Tahun 2011 dan 2012. Berikut adalah
kelayakkan pemohon :
Kanak-kanak yang lahir 2.1.2004 hingga 1.1.2005 untuk persekolahan 2011.
Kanak-kanak yang lahir 2.1.2005 hingga 1.1.2006 untuk persekolahan 2012.
Manakala jadual permohonan penempatan adalah seperti berikut :
Tarikh : 1 Mac 2010 hingga 31 Mac 2010
Hari : Hari Bekerja (Isnin hingga Jumaat)
Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Pejabat SK Saujana Utama
Sumber: Laman web SKSU |
admin on March 06 2010 11:42:06
0 Comments ·
2 Reads ·
|

| PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLASEPAK |
Keputusan Perlawanan :
1) DCFC (1) vs Paya Jaras FC (2) - tewas daa...
Perlawanan persahabatan dgn Btg Berjuntai FC terpaksa dibatalkan atas perkara yg tidak dapat dielakkan.
* Kpd DCFC, teruskan usaha moga kita berada lebih baik dari hari2 yg telah berlalu.
*****************
Perlawanan persahabatan bolasepak melibatkan DCFC (Desa Coalfields FC) akan di adakan seperti butiran berikut :
1) DCFC vs PAYA JARAS FC (FAS LEAGUE)
Tmpt : Pdg Bolasepak Paya Jaras (belakang tapak Pasar Mlm)
Tarikh : 6/2/2010 (Sabtu)
Masa : 5.00 ptg
2) DCFC vs BTG BERJUNTAI (FAS LEAGUE)
Tmpt : Pdg Bolasepak Sek Keb Pdg Berjuntai
Tarikh : 7/2/2010
Masa : 5.00 ptg
Kepada warga DC, anda dijemput memberi sokongan kpd pemain2 DC dalam perlawanan berkenaan. |
cupin on February 06 2010 10:52:03
0 Comments ·
3 Reads ·
|

| PROGRAM SUAI KENAL DAN RAMAH MESRA BERSAMA PENDUDUK |
PROGRAM SUAI KENAL DAN RAMAH MESRA BERSAMA PENDUDUK ANJURAN BERSAMA PERSATUAN PENDUDUK DESA COALFIELDS (DECOREAS) DAN SURAU AL-HIDAYAH DESA COALFIELDS (SAHDC).
Tarikh : 7 Februari 2010 (Ahad)
Masa dan Tempat : 9.30 a.m (Jalan DC 2/15) - Celosia
: 9.30 p.m (Jalan 5/1/1) – Town House
|
Fitri on February 05 2010 05:39:54
Read More ·
3 Comments ·
59 Reads ·
|
| PERSAHABATAN BOLASEPAK |
31/01/2010, Padang Awam DC, telah dilangsungkan perlawanan persahabatan antara pasukan Desa Coalfields FC (DCFC) dan Boyan United. DCFC menang bergaya dengan keputusan 7-1.
Sekian. |
cupin on February 01 2010 15:10:57
0 Comments ·
1 Reads ·
|
| MAJLIS BERSAMA MENTERI BESAR |
MAJLIS BERSAMA MENTERI BESAR SELANGOR
TARIKH:24-JANUARI-2010 (AHAD)
MASA: 3:00 PTG
TEMPAT: PADANG FASA1 (BERSEBELAHAN KAFA)
SEMUA PENDUDUK DAN ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR
|
Fitri on January 22 2010 08:07:57
3 Comments ·
87 Reads ·
|
|
 |
| MAKLUMAN : KAJI SELIDIK KELAS TIUSYEN |
DECOREAS sedang mengadakan kaji selidik keperluan tiusyen kepada anak2 di warga DC yang menghadapi peperiksaan UPSR/PMR dan SPM tahun ini. Kaji selidik ini diadakan bagi memastikan sama ada anak2 kita memerlukan kelas berkenaan bagi membantu mereka menghadapi peperiksaan.
Tarikh tutup kaji selidik ialah pada 18/01/2010 dan pemberitahuan awal telah dibuat melalui banner yang digantung di pagar TNB (berhampiran Padang Awam DC). Sekiranya berminat, nyatakan nama anak, jenis peperiksaan/alamat dan tel/sms En Fitri (019 2712498) atau Cikgu/Imam Fauzi (017 3047 149).
Sekian.
|
cupin on January 15 2010 12:01:58
0 Comments ·
3 Reads ·
|

| KAUNTER PEMBAYARAN CUKAI TANAH |
KEPADA SEMUA PEMILIK TANAH DI DAERAH KUALA SELANGOR, ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA PEJABAT TANAH KUALA SELANGOR AKAN MENGADAKAN KUTIPAN CUKAI TANAH SECARA BERGERAK DI DESA COALFIELDS PADA TARIKH DAN MASA SEPERTI BERIKUT:
MASA: 9:00 PAGI HINGGA 1:00 PTG
TARIKH: 16/JAN/2010 (SABTU)
TEMPAT:BALAI MASYARAKAT DESA COALFIELDS FASA 1 |
Fitri on January 15 2010 11:39:35
0 Comments ·
12 Reads ·
|

| Keputusan permohonan Herald berhubung perkataan "Allah" |
Keputusan permohonan Herald berhubung perkataan "Allah"
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 10 Nov untuk memutuskan sama ada untuk mengenepikan atau mengekalkan perintah yang dikeluarkannya sebelum ini yang membenarkan lapan pihak untuk mencelah berhubung penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan mingguan majalah The Herald.
Hakim Lau Bee Lan menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas mendengar hujahan daripada pihak-pihak yang berkenaan berhubung permohonan Gereja Roman Katolik Kuala Lumpur untuk mengenepikan perintah mahkamah itu.
Peguam S.Selvarajah, yang mewakili gereja itu, memberitahu pemberita yang geraja itu telah mengemukakan hujah di mahkamah berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 3 Sept dalam kes Majlis Agama Islam Selangor lwn Bong Boon Chuen & 150 yang lain, iaitu Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidang kuasa untuk membenarkan pencelahan dalam prosiding semakan kehakiman mengikut Perintah 15, Peraturan 6(2)(b) Peraturan-peraturan Mahkamah Tinggi 1980.
Dalam membantah permohonan itu, seorang daripada peguam yang mewakili pencelah berkenaan, Abdul Rahim Sinwah, berhujah bahawa lapan pihak itu mempunyai kepentingan daripada segi undang-undang untuk menjadi pencelah dalam prosiding semakan kehakiman itu.
Pada 3 Ogos, mahkamah membenarkan lapan pihak itu, termasuk majlis-majlis agama Islam negeri menjadi pencelah dalam permohonan baru yang dikemukakan Ketua Paderi Tan Sri Murphy Pakiam bagi semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan gereja itu.
Dalam keputusannya, Hakim Lau memutuskan lapan pihak berkenaan, Majlis Agama Islam Perak, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Johor dan Melaka, dan Persatuan Cina Muslim Malaysia mempunyai kepentingan daripada segi undang-undang dalam isu itu.
Pada 16 Feb, Pakiam, selaku penerbit The Herald, memfailkan permohonan baru bagi semakan kehakiman selepas permohonan serupa pada 2008 dianggap sebagai akademik berikutan permit penerbitan The Herald bagi 1 Jan hingga 31 Dis, 2008 telah tamat tempoh.
Dalam permohonan itu, beliau yang menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, memohon antara lain, mengisytiharkan keputusan oleh para responden pada 7 Jan, 2009, melarangnya menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitan "Herald The Catholic Weekly" adalah salah di sisi undang-undang dan bahawa perkataan "Allah" bukan hanya eksklusif untuk agama Islam sahaja. -BERNAMA
|
mnizama on January 08 2010 10:33:33
0 Comments ·
3 Reads ·
|

| CERAMAH MAAL HIJRAH |
| 30.12.09 (Rabu): Ceramah Maal Hijrah di Surau Al-Hidayah Desa Coalfields oleh Ustaz Nazmi Abdul Karim, selepas solat Maghrib. Muslimin/muslimat dijemput hadir dan war2 pada yang lain. Terima kasih. |
asri on December 29 2009 11:38:11
4 Comments ·
54 Reads ·
|

| KEPUTUSAN : KARNIVAL SUKAN DC 2009 - BOLA SEPAK 9'S |
Sorry psl lambat sikit nak kemaskini keputusan Bolasepak 9's yang telah berjaya dilangsungkan tempohari.
Secara statistik, 4 pasukan bertanding dan perlawanan dimulakan pada pukul 9.45 pagi dengan diadili oleh jurulatih luar yg berkelayakan Pasukan `B' yang diwakili antaranya oleh En Wan Zul, Rodi, Ku Azhar dan Man `Keeper' telah menewaskan Pasukan `A' yang diwakili oleh En Mansor, Jiji, Zul Perang dan rakan2. Berakhirnya acara bolasepak maka lengkaplah takwim Karnival Sukan DECOREAS. Terima kasih kepada semua terlibat dan jumpa anda semua di majlis penyampaian hadiah yang akan diadakan serentak bersama acara Makan Malam Tahunan DECOREAS.
* Siapa agaknya atlet terbaik DECOREAS 2009?
Sekian.
**************
Karnival Sukan Desa Coalfields menuju penghujung apabila Bola Sepak 9 Sebelah yang akan diadakan menjadi acara terakhir atau penutup tirai kepada Karnival Sukan DC. Acara ini akan diadakan pada 8.30 pagi 6/12/2009 (Ahad) di Padang Awam DC. Oleh itu, kepada warga DC yang berminat dipohon membuat pendaftaran kepada saya di talian 019 2626400.
Sesiapa yang telah membuat pendaftaran dikehendaki berada di tempat berlangsungnya perlawanan pada pukul 8.00 pagi untuk pengesahan penyertaan dan undian penentuan pasukan.
Sehubungan itu, satu aktiviti gotong-royong akan diadakan pada pukul 9.00 pagi 5/12/2009 (Sabtu) bagi menyiapkan keadaan padang dan membuat garisan. Anda semua dijemput hadir untuk menjayakannya.
Sekian makluman dari Biro Sukan. Terima kasih. |
cupin on December 04 2009 08:46:46
2 Comments ·
40 Reads ·
|
|